Powered By Blogger

Friday 15 July 2011

Erti Sebuah Persahabatan~

Tatkala diriku disapa khabar-khabar angin perpisahan
diriku seolah-olah tidak ingin menoleh ke arahnya
oh!aku tahu itu iti sememangnya pasti terjadi
pantas masa berlalu meninggalkanku

aku pasrah atas suratan qada' dan qadar sang KHALIQ 
kepada setiap makhluk-makhluknya
tetapi mengapa aku masih tidak dapat memadamkan perasaan sedih ini?
aku akui bahawa aku harus akur dengan sunnatullah 

perpisahan yang berlaku bukanlah bererti perpisahan buat selamanya
perpisahan itulah yang semakain mengeratkan ikatan hati ini
percayalah!hati-hati yag bertaut atas kalimah agung ILAHI pasti bertaut kembali
hanya kasih sayang yang bertaut kerana RABB itu sememangnya bersatu kembali

aduhai hati!redailah perpisahan itu
sesungguhnya pengadilan ALLAH itu maha adil
terlalu adil~jangan kita nafikan
suatu hari pasti kau akan bertemu kembali
redailah~

No comments:

Post a Comment