Powered By Blogger

Saturday 16 July 2011

Hati oh Hati

Oh hati!terlalu sukar untukku tafsirkan gambaranmu
andai kulihat kegembiraan terpancar di wajah
kadangkala tak menggambarkan bahagianya hatimu
hati yang hidup atau hati yang mati??
sudah pasti kita menginginkan hati yang hidup

tetapi hati yang hidup pasti selalu mengingati Allah
dan hati yang mati sudah pasti amat jauh dari PENCIPTAnya
ayuhlah kita memeliharanya!
agar tak tersasar jauh dari landasan syariat Ilahi

hidupkah hati kita jika diselangi dengan cinta manusia lain melebihi kasih seorang makhluk kepada KHALIQnya??
rasa sayang itu fitrah manusia~ya semestinya
jadi berpandulah kepada lorong-lorong syariat yang telah ditetapkan

bersihkah hati kita jika hati kita sering merindui insan yang tidak halal buat kita??
mungkin tidak ada istilah 'couple'atau sebagainya~
atau bersihkah hati kita jika meredai segala perbuatan maksiat yang kita lakukan??
hurm jika kuhurai panjang lebar mengenai hati pasti banyak yang menyedarinya
begitu juga dengan diriku

hatilah raja yang mengawal seluruh jasad kita
hati juga merupakan sendi yang mengawal nafsu kita
hatilah juga segala-galanya
aduh!bagaimana mahu menjaga hati ini agar sentiasa bersih??
agar sentiasa hidup bersama cinta dan takut kepada Ilahi

ya!kutemui jawapannya~
dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang
ketenangan hati hanyalah terletak pada banyaknya kita mengingati Allah
indahnya setiap apa yang kita lakukan hanya kerana Allah
ya semua kerana Allah~

hati kaulah yang mengatur perjalanan jasadku ini
nafsu kaulah yang merajai akalku ini
dan aku...akulah yang perlu mengawal kesemuanya ini
ayuh!mari kita bersama-sama menjaga hati
agar ia sentiasa bersulamkan cinta kepada Ilahi
pastinya!insyaAllah....

No comments:

Post a Comment