Powered By Blogger

Saturday 15 October 2016

Pesan buat para penuntut Ilmu

PESAN BUAT PARA PENUNTUT ILMU

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat” (Al quran. Al-Mujadalah: 11)

Memetik sepotong ayat Al- quran dari surah al Mujadalah tersebut, cukup menghiburkan hati kita sebagai seorang muslim dan mukmin. Malah Allah menjanjikan akan mengangkat darjat bagi mereka yang berilmu. Justeru, merasai peluang untuk melanjutkan pelajaran merupakan suatu nikmat Allah yang tidak terhitung nikmatnya.

Menuntut ilmu merupakan suatu tuntutan fardhu ain kepada setiap muslim. Ia perlu disertakan dengan niat yang suci untuk mendapatkan keredaan Allah. Segala-galanya perlu dikembalikan kepada Allah, apa yang kita niatkan mestilah semata-mata kerana Allah. Biarpun ada kepentingan lain untuk keperluan duniawi, akan tetapi niat utama haruslah kerana Allah. Guru saya pernah berpesan

“ Belajar lah, tetapi jangan lah kerana semata-mata hendak memuaskan diri sendiri” ini kerana kepuasan itu tidak akan pernah hadir, kerana illmu Allah terlalu luas”.

 Tidak dinafikan, kepentingan menuntut ilmu itu menjanjikan rezeki kerjaya dan sebagainya. Itu keperluan manusiawi selagi mereka hidup dia atas muka bumi ini. Tidak salah, namun Islam lebih menggalakkan untuk kita bekerja keras dalam melakukan sesuatu perkara, tetapi tidaklah sampai tersasar niat dan tujuan. Contoh, belajar sesuatu ilmu untuk dipandang mulia pada sisi masyarakat. Bukan begitu, Nauzubillahi min zalik! Belajarlah kerana Allah, untuk memartabatkan agama Islam, memperjuangkan agama Allah. Biar apa pun ilmu itu jika Allah menjadi tujuan dan sandaran utama, akan ada ketenangan dan perjalanan menujunya juga dipermudahkan, In shaa Allah! Menurut hadis nabi, 

Menuntut Ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim”. Riwayat Ibnu Majah. 

Jika kita lihat perjuangan para sarjana Islam pada suatu masa kegemilangan dahulu, mereka bersungguh-sungguh dalam mendalami sesuatu bidang ilmu. Bahkan lebih dari sesuatu cabang ilmu. Subhanallah! Kita terlalu beruntung kerana sehingga kini kita merasai nikmat Ilmu oleh kerana wasilah dari mereka, ilmu itu sampai kepada kita. Alhamdulillah! Namun kini, ke’izzah’an itu semakin hilang dari kita. Mungkin disebabkan faktor kelalaian dan kelekaan yang sedang melanda umat akhir zaman ini. Tidak sedarkah kita bahawa jalan menuntut Ilmu ini adalah jalan sunnah nabi, sahabat serta tabi’-tabi’in? Tidak takutkah kita bahawa ramai para pengkaji barat atau kita gelarkan mereka sebagai ‘orientalis’ berlumba-lumba untuk mengkaji pelbagai sudut Ilmu yang memang asalnya dibawa oleh Islam ini?

Mereka mengkaji Islam, mengkaji hadis. Oleh itu kita lihat banyak rujukan yang diperoleh adalah bersumberkan dari pengkaji barat ini. Tidak dinafikan, sumbangan mereka banyak memberi sumbangan dalam mengembangan bidang ilmu, namun adakah itu tidak cukup untuk memberi tamparan buat kita sebagai umat Islam? Mereka (orientalis) tertarik dengan Ilmu yang diwarisi oleh umat Islam. Hakikatnya, kita sebagai umat Islam lah yang perlu menguasai pelbagai bidang ilmu ini. Bukankah hadis nabi pernah menyebut

“Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing .Hadis riwayat Muslim.

Rebutlah peluang untuk menjadi orang yang asing itu dengan menjadi penuntut ilmu.
Menuntut ilmu tidak menjanjikan kesenangan. Jalan penuh berliku dan cabaran yang kadang-kala menguji keimanan. Namun, semua itu tidak sia-sia, Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang menuntut ilmu. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu

“Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga” riwayat Imam Muslim.

Ini rahmat dari Allah, tidak mahukah kita mengejar ganjaran yang dijanjikan Allah ini? Janji Allah pasti! Dalam menuntut ilmu, perlulah ada kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Ini menunjukkan komitmen kita yang sebenar samada kita benar-benar ikhlas atau tidak. Ujian datang silih berganti, cabaran harus ditempuhi. Hal Ini kerana jika kita membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu kita. Kita tidak boleh lari dari masalah, malah menghadapi masalah tersebut akan mematangkan kita. Kita dapat berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Itu fitrah dalam kehidupan, hidup adalah untuk diuji oleh Allah SWT.
Belajarlah demi agama, keluarkan diri dari kepompong kejahilan. Sentiasa ada keinginan dan semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Ilmu boleh didapati di mana-mana. Samada melalui kaedah bertalaqi kitab dengan guru, atau menuntut ilmu di universiti, atau ilmu kehidupan yang didapatkan secara tidak langsung.  Semuanya sama walau kaedahnya berbeza. Yang perlu dijaga adalah adab bersama guru. Itu kunci kejayaan, tiada guna jika kita memiliki sijil yang banyak, akan tetapi tiada keberkatan dari seorang guru.

Apabila bercakap soal perjuangan menuntut ilmu, pasti ramai yang takut untuk menempuh jalan itu. Bimbang bertemu kesusahan di pertengahan jalan. Ingatlah kembali pesanan seorang ulama nusantara iaitu Allahyarham Profesor HAMKA

“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”

Akhir sekali, sudah sunnatullah, ilmu perlu selari dengan amal. Pepatah arab menyebut
“ Ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah”
Semoga kita menjadi orang yang mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu tersebut. Serta menghasilkan buah yang baik iaitu dapat membentuk akhlak yang baik kerana serapan ilmu itu.
Wallahu ‘Alam.

Nurul Atiqah bt Ibrahim
Ijazah Sarjana Muda Da'wah dan Pengurusan Islam
Universiti Sains Islam Malaysia
Nilai, Negeri Sembilan


Tuesday 4 October 2016

BAHAGIA TAK TERKATA

Kalau saya tanya apa makna bahagia bahagia bagi kalian, apa yang akan kalian bayangkan?

Pasti jawapan pelbagai dimensi. Pasti!

Jika diambil dari sudut barat, bahagia bagi mereka tertumpu kepada materialistik. Contohnya,

kejayaan dalam profesi masing-masing, kaya, cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya. Tidak 

mengambil kira bahagia dari sudut kerohanian atau jiwa. Namun, tidak semua pemikiran masyarakat 

barat seperti itu. Akan tetapi, jika diambil dari sudut pandangan Islam. Ianya berbentuk holistik. 

Atau kita maksudkan sebagai menyeluruh. Apa pun bentuk kebahagiaan jiwa jika tempat kembalinya

rasa bahagia itu hadir bersama syukur kepada Allah, itulah bahagia. Ulamak berbagai pandangan 

dalam memberikan makna kebahagiaan. Dari sudut pandangan Allahyarham Profesor Dr. HAMKA, 

bahagia menurut beliau antaranya adalah memiliki sikap tawakal, bersabar, reda, qanaah (merasa 

cukup dengan apa yang ada) dan sebagainya. Jika kita teliti mengapa ulamak besar ini memasukkan 

elemen tersebut dalam rangka menuju bahagia? Sudah pasti bagi seorang muslim, tiada kebahagiaan 

yang paling abadi selain meletakkan cinta dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Islam suatu cara 

sistem hidup yang sempurna. Masha Allah! Pergi lah ke sudut mana sekali pun, pasti kau akan

 kembalikan segala keajaiban dunia dan kebesaran ciptaan adalah milik Allah semata-mata. Maka kau

akan memujiNYA sentiasa. Hebat cinta Allah bukan? Ya! sangat hebat. Justeru, kebahagiaan yang 

abadi itu kau meletakkan segala pergantungan kepada tuhan yang memiliki segala rahsia dan

 IlmuaNYA yang terbatas bagi pengetahuan manusia. 

Selain dari itu, bahagia itu juga bila mana kau mampu mempamerkan kebahagiaan kepada orang 

lain. Kau mampu membantu insan lain di sekelilingmu yang berada dalam kesusahan tanpa 

mengharap balasan melainkan reda Allah semata. Itu bahagia. Islam agama sejahtera, mana mungkin 

kau ingin berada dalam kebencian. Itu bukan bahagia! Buang egoistikmu! Buang pendendammu itu! 

Buang jauh-jauh! Cuba kau perbaiki dirimu. Cari ketenangan abadi. Cintai tuhan, perbaiki 

hubunganmu dengan tuhan. Lantas hubunganmu dengan manusia akan baik juga. Percayalah!

Carilah tuhanmu. Dia sentiasa dekat denganmu. Tangisilah dosa-dosamu di sepertiga malam. Yakin! 

Allah akan membantumu. Dekatilah keluargamu sekiranya kau berasakan jauh dari mereka. Rapatkan

hubungan yang sudah lama terpisah. Bertemu mereka membuahkan bahagia. Tiada selindung malu, 

buang kesombongan diri. Maka jika dikau orang besar, punya kedudukan. Maka jangan dianggap 

dirimu mulia di antara yang lain. Kau aku sama! Tiada apa beza melainkan taqwa kepada Allah. Kau 

kan bahagia!

#SurvivalforMasterDegree






Thursday 19 May 2016

Atmosfera Hati

Atmosfera Bumi ialah suatu lapisan gas yang melitupi bumi, dikekalkan di tempatnya oleh graviti bumi. Atmosfera melindungi hidupan di Bumi dengan menyerap pancaran solar ultraungu, memanaskan permukaan menerusi penahanan haba (kesan rumah hijau), dan mengurangkan suhu lampau di antara siang dan malam (kepelbagaian suhu harian)

Wah, atmosfera hati ya? Cetus hati penulis. Bahkan para pembaca. Itu normal, melihat kepelbagaian penggunaan istilah pada sesuatu keadaan kelihatan seperti kadang-kadang pelik atau macam tak sesuai. Haha, biarlah..Getus hati lagi. Ilmu kan milik Allah, gunakan sebaik-baiknya, semanfaat-manfaatnya. Hari ni cikgu tak nak ajar sains, walaupun dah ter'ajar' kan..Hati saya tercetus untuk menggerakkan pancaindera yang sepasang ini untuk menaip sesuatu tentang apa yang dirasakan menarik dan perlu dikongsikan. Allah selalu sayang kita, nikmat Allah tak terhitung banyaknya kalau nak dikira. Rujuk surah Ar-Rahman, Masha Allah! Banyak sekali Allah ulang firmanNYA tentang kurniaan nikmat mana yang kita nak dusta, dusta dan dusta lagi? Astaghfirullah 'al Azim! Pegang dada sekarang, sambil urut sekejap, tutup mata sikit. Apa lagi, buat lah! 

Wednesday 18 March 2015

Hati yang perlukan Allah

Assalamualaikum semua...

Entri kali ini saya nak berkongsi sedikit perkongsian yang harapnya dapat memberi manfaat kepada saya dan semua. Hati manusia ni sering teruji dan sememangnya yang bernama seorang hamba Allah itu akan diuji. Diuji dengan nikmat dunia dan kesenangan. Kelalaian yang kita sering terlupa, merasakan kita bahagia dengan nikmat maksiat yang dilakukan. Nauzubillahi min zalik! Namun, itu yang sering dilakukan. Mungkin, bagi yang masih muda remaja, belum berkahwin, belum punya pasangan hati mungkin, tapi ada perasaan suka-suka. Tak salah, itu fitrah. Tapi, bagaimana kita menguruskan fitrah suka itu. Kalau suka, jom! Saya mengajak diri saya terlebih dahulu untuk perbaiki diri. Hidup yang sebenar adalah untuk menuju akhirat. Tetapi jika kita sering leka dengan keduniaan, maka bertambah jauh kita dari tuhan, iaitu Allah SWT. Suka akan kebaikan seseorang itu tidak berdosa, Tetapi, adakah kita melayan perasaan itu sehingga lupakan Allah cinta sejati kita. Allah tak pernah jauh dari kita, tapi kita yang sering menjauhkan diri dari Allah. Kalau suka, berdoa kpd Allah " Ya Allah rezekikan aku seorang suami atau isteri seperti dia". Kalau kita berkenan dengan budak kecil sekalipun yang comel, baik dsb, boleh juga kita berdoa seperti tadi. Tapi tukarah ganti nama nya yang betul. Kembali kepada soal dosa, syaitan sengaja mencocok jarum kemaksiatan dalam hati tanpa disedari. Tanpa disedari hati sudah bertompok-tompok dengan noda hitam. Allah! Sedihnya kalau kita boleh scan dan lihat hati kita itu. Pasti malu nak berdepan dengan Allah di akhirat kelak. Oleh sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk setiap hamba-hambaNYA yang sentiasa disayangi.

Saya manusia yang tidak maksum. Tidak seperti Nabi kesayangan, iaitu Rasulullah SAW. Seorang yang maksum. Tapi, saya sendiri mengaku nafsu itu sentiasa mengajak kita untuk melakukan kemaksiatan. Enak bukan? Tapi hakikatnya, melawan nafsu itu jauh lebih enak kerana hasilnya kita akan merasa di akhirat kelak. Zaman sekarang, media-media amatlah menggugat iman kita walaupun, kadang-kala kita berjihad untuk menjaga hati dan tindak-tanduk. Namun, hati yang lalai akan mudah untuk merasa seronok dengan kelazatan maksiat yang dilakukan. Cara yang saya sering lakukan untuk mendidik hati ialah dengan memasang ayat-ayat Al-quran di laptop atau saya sering memasang lagu-lagu ketuhanan, download video2 kuliah dari TH film dsb. Biarlah orang kata "lagu apa kau pasang ni?" Ah! Biarlah apa orang nak kata, tapi saya tetap nak menjaga hati supaya tidak terbabas dari tujuan hidup sebenar.

Bila bercakap soal kehidupan, saya sering terbayang-bayang ayat ayah yang disayangi " Hidup untuk akhirat" So deep! Ayah, Maafkan kaklong sebab tak jadi kakak yang baik untuk adik-adik. Pesanan ayah sering terngiang-ngiang di telinga. Waktu ayah ambil kaklong dari tuisyen "Jaga solat dan selalu mengaji kaklong, esok kalau ayah dah takda, siapa nak jaga solat kaklong dengan adik-adik?" Masa tu saya masih di bangku sekolah rendah lagi. Masih liat nak solat. "Mengaku". Ayah, sejujurnya kaklong selalu berdoa untuk dapat pembimbing diri kaklong macam ayah. Sayang ayah. Cerita pasal ibu, nanti saya kongsikan. Insha Allah. Tapi kan, apa yang mendekatkan kita dengan tuhan kadang-kala perantaraannya ialah ibu ayah. Memang benar! Lihatlah nasihat-nasihat mereka. Maka bersyukurlah degan adanya ibu dan ayah di dunia ini. Allah! Izinkan aku menjadi anak yang solehah.

Sebelum ni saya pernah menghadiri satu talk di USIM  yang menarik hati ni nak pergi. Talk yang mengupas sebuah buku. Buku itu bertajuk " Sehingga para pemuda mengerti" Karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Sungguh menarik sekali segala perkongsian. Antara nasihat yang saya dapat ialah 5 ciri yang perlu ada dalam diri muslim. Yang pertama, perlu ada keimanan yang kukuh kepada Allah, ikhlas, kuatnya iltizam, istiqamah, adanya pengorbanan. Antara pesanan Ust. Razif pula ialah, pemuda perlu fokus kepada pencarian ilmu, Manfaatkan ilmu untuk ummah, bukan sekadar untuk berbakti untuk mak ayah sahaja. Nasihat ini pun untuk peringatan diri sendiri juga. Tak cukup sekadar degree selama 4 tahun ni, untuk sumbangkan sesuatu buat ummah. Ya Allah! Beri aku kekuatan untuk melaksanakan amanah ilmu sebagai seorang hambaMU. Teringat satu video Syeikh Habib Ali Zainal Abidin. Katanya,  "Kalau nak ajak berdakwah orang untuk jadi baik tak perlu tunggu diri jadi baik, kalau orang yang mengajak kita jadi baik, tapi tak baik pun perangai dia, biarkan Allah yang nilai. Kita yang menerima nasihat ni ambil saja nasihat itu, dengan cara mengajak orang jadi baik automatik kita berazam untuk jadi baik." Kemudian, banyak cerita atau kisah2 pemuda yang terdapat dalam Al quran spt, Ashabul Kahfi, Ashabul Ukhdud yang kita boleh dapat banyak ibrah dari situ.

Mungkin saya banyak bercakap tapi tak buat pun, tapi dengan usaha saya yang kecil ni semoga ada nilaian di sisi Allah. Tak mudah untuk berjuang melawan nafsu. Nafsu yang sering memberontak. Gambaran hati perlu digilap dengan mendahulukan cinta Allah melebihi dunia dan seisinya. Allah tuhan yang Maha Luas. Semoga amalan saya dipandang oleh tuhan untuk mendapat tempias cinta dan rahmat Allah.
Allah, Allah, Allah.. Tiada aku daya melainkan dengan kekuatan dariMU. Sungguh kerdil diri ini.

Banyak yang saya nak kongsikan sebenarnya. Tapi, taklah semua cerita nak dikongsi. Tapi, sebelum kalam berakhir, saya nak bercakap berkenaan hiburan yang semakin menjadi-jadi. Perkara ni yang pemuda-pemudi tak perasan. Termasuk diri saya. Umur muda yang sepatutnya diisi dengan perkara2 berfaedah terbuang begitu sahaja. Lalai dengan cerita-cerita yang tiada tujuan yang jelas dan pengajaran yang bermanfaat. Bukan tak ada, tetapi amat sedikit. Saya ulangi sekali lagi, nafsu kita yang dibelai2 amat sukakan kita berada dalam kelalaian. Tidak kira cerita melayu atau korea dan sebagainya. Kita seolah-olah tiada stand yang kukuh untuk mempertahankan prinsip dan tujuan hidup yang sebenar di mana kehidupan bukanlah untuk bermain-main. Kalau boleh, carilah majlis-majlis ilmu, zikir dan sentiasa mendekati para ulamak kerana mereka merupakan wasilah untuk kita sampai cinta kepada Allah dan RasulNYA.


Kalau kita lihat, kita ni para pemuda banyak kelompongan dan kekurangan, dengan itulah kita perlu perbaikinya dengan penambahan ilmu dunia dan akhirat. Astaghfirullah! Banyak sangat sebenarnya kekurangan diri ini jika tak ada niat nak menyumbang kepada Islam. Saya berharap, sebelum saya menghadap ilahi, saya sempat untuk menghasilkan karya buat ummah. Amin, doa-doakan saya. Jadi, saya nak mengajak diri dan sahabat-sahabat untuk tetapkan matlamat hidup untuk menjadi manusia yang Allah reda, Insha Allah! Semoga hari-hari yang kita tempuhi semuanya terisi dengan hati yang perlukan Allah.

#Inspired: Allah, Rasulullah, ibu, ayah, Ust. Fatimah Syarha, Us. Pahrol Mohd Juol.


Saturday 27 September 2014

Pegang hatiku ya Allah

"Setiap yang bertunang ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ini. Sedang berdusta, sedang tidak menjadi dirinya yang sebenar, kalau kamu berkawan atau bercouple 20 tahun sekalipun kamu takkan kenal dirinya. Yang kamu kenal adalah lakonannya". Ustazah Fatimah Syarha.

"Alah, takkan tak boleh nak suka lelaki kot?"  Semua manusia ada perasaan lah! Bentak dalam hati kita. 
Sahabat-sahabat, cuba kita renung balik. Allah ciptakan cinta untuk apa? Bukan untuk sia-sia. Fitrah manusia yang normal memang akan tertarik dengan lawan jenis. Suka kan kecantikan, kebaikan, kesempurnaan. Tapi  cara kita untuk mendapatkan cinta perlu diurus dengan cara yang betul. Sebelum kita fikir lebih jauh, Apa tujuan kita nak bercinta, bercouple, tetapi takda  perancangan nak berkahwin. Hubungan yang tak jelas, syubhah. Apa pengisian cinta kita? Bermesej..whatsapp..weechat..dan sebagainya. Bertanya 'dah makan belum?'  'Esok kelas apa?'. Sahabat yang disayangi, sebelum kita berfikir lebih jauh. Saya nak sentuh sikit, punca kebanyakan masalah cinta ini berlaku adalah disebabkan 3 "what". What yang pertama ialah. Apa yang kita dengar, 'what' yang kedua ialah apa yang kita lihat, dan 'what' yang ketiga ialah apa yang kita baca. Percaya tak ketiga-tiga 'what' itu memberi kesan dan rangsangan untuk kebanyakan remaja dan muda-mudi untuk bercinta. Misalnya, fenomena filem korea, lagu-lagu cinta yang kita dengar, dan juga bahan bacaan yang kita baca. Majalah-majalah artis yang sekadar hiburan yang kita dapat. Ingat ya, ketiga-tiga 'what' ini amat mempengaruhi mindset kita sebagai manusia. "Susah lah macam tu, itu tak boleh, ini tak boleh, tak bebas lah..".  Keluh seorang remaja belasan tahun. Cuba kita refleks kembali maksud kebebasan yang hakiki ialah kita berjaya melawan hawa nafsu yang merajai kerajaan hati. Hati perlu dibentuk. Hati yang bersih akan mewarnai kerajaan diri dengan akhlak yang baik dan terpuji. Bebaskah kita sekiranya kita terpaksa memuaskan nafsu kekasih kita dengan membuang Allah dalam hidup kita? Bebaskah? Tidak bukan? Sentiasa rasa tak selamat bila berdua-duaan, takut ditangkap basah, risau mak akan marah kalau ternampak mesej-mesej yang bukan-bukan dari kekasih, dan sebagainya. Tanda dosa ialah kita merasa takut diketahui orang lain akan dosa yang dilakukan itu.

Sahabatku sayang, sebelum kita nak kejar cinta manusia, cukupkah cinta kita kepada sang pencipta cinta? Penuhkan hati kita dengan cinta dan ingat selalu kepadanya? Cuba kita muhasabah seketika bersih atau kotorkah hati kita ini. Pohonlah hidayah Allah jika kita tersasar jauh dari cintaNYA. Sibukkan diri kita dengan ilmu. Kerana nikmat dan kelazatan ilmu itu akan menghalang kita dari mengingati lelaki atau perempuan yang bukan halal buat kita. Ada juga antara kita yang suka melihat kebaikan atau kesolehan pada sesorang lelaki atau perempuan itu. Kalau begitu, berdoalah kepada Allah "Ya Allah kurniakan kepadaku seami atau isteri sepertinya". Kemudian kita berhajat untuk mendapatkan jodoh yang soleh atau solehah. Selitkan Al-Fatihah setiap kali berdoa lepas solat. Doakan supaya Allah menjaga akhlak dan agama kita dan jodoh kita. Mudah bukan? Yang susah ialah meninggalkan hawa nafsu. Didiklah hati dengan selalu ingat dan zikir kepada Allah dalam keadaan senang dan susah. Jaga solat, perbanyakkan puasa sunat. InshaAllah lama-kelamaan nafsu kita akan terdidik. Sebagai perempuan khususnya, jaga pergaulan, jaga tingkah-laku, percakapan, aurat. Islam amat menjaga wanita. Kita perlu berasa beruntung.

Sahabatku yang dimuliakan, kita juga perlu ambil kira dengan siapa kita berkawan. Pilihlah kawan-kawan yang baik, dan soleh. Dekati ulamak. Tak salah kalau nak berkawan dengan kawan-kawan yang biasa. Mereka pun ada kebaikan tersendiri, jadikan kita role model kepada mereka. Ingat! Kita tak boleh memandang orang yang kurang baik akhlaknya dengan pandangan hina, malah kita perlu mendoakannya. Tapi sekiranya kita berkawan dengan mereka, kita mesti ada prinsip tegas yang tersendiri supaya tak mengikuti jejak mereka. Bermula dari diri kita sendiri. Berubah jadi orang yang baik akhlaknya, kerana itu pengukur kejayaan ibadah kita. Maksudnya berjayalah solat kita sekiranya baik akhlak kita InsyaAllah.

Jadi, kita perlu mencari cinta Allah yang hakiki dulu sebelum mencari cinta manusia. Sanggupkah kita mencari cinta yang lain setanding dengan Allah? Nauzubillahi min zalik. Bila kita dapat Allah kita akan dapat segala-galanya. InshaAllah. Cuba anda sendiri merasai kelazatan ilmu, maka dengan sendiri akan tidak akan terburu-buru mencari cinta yang bukan halal. Letakkan target dalam hidup. Tugas sebagai hamba dan khalifah untuk memakmurkan bumi Allah. Berjihad di jalan Allah. Aku sering membayangkan kata-kata ayah, "Kalong tak nak jadi macam tu?" Sambil ayah menunjukkan ke arah mana-mana pebdakwah dalam tv. Dalam hati aku berkata, "InshaAllah ayah". Ustaz Syafwan dalam kuliah pernah cakap, "Awak semua ni kena ada inspirasi dari mana-mana tokoh atau ulamak, dan biasakan anak-anak dengan tokoh atau ulamak. Sebab apa? Sebab kita akan bermotivasi dengan kejayaan dan kehidupan para ulamak.

Bercintalah selepas nikah, lebih membahagiakan. Kita tahu tujuan hidup seterusnya. Kita saling bantu-membantu dalam urusan agama. Sebab apa? Sebab kita hidup ni nak mengejar reda Allah. Sematkan dalam hati, Allah maha besar. Ingat, kalau kita nak mempunyai kolam hati yang besar, kita mesti ada Allah yang Maha Besar dalam hati kita. Wallahu 'Alam.

Penulis: Nurul Atiqah Ibrahim
Inspirasi: Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

Semoga Allah merahmati kita semua.
 
AKU ADA ALLAH SELAMANYA






 
 


Wednesday 21 May 2014



LIFE IS A JOURNEY....


Assalamualaikum semua, malam ni saya nak berceloteh sikit sambil-sambil berkongsi sesuatu. Tambahan lagi saya nak mengasah bakat menulis. Sedar tak sedar lagi dua minggu masa untuk pulun baca buku sebelum exam. Berdebar jantung masa taip statement ni. Yes! target 4 flat. Belajar untuk kedua-duanya. Dunia dan jugak akhirat. Tak salah. Ketepikan orang kata jangan terlalu yakin. Hidup mesti ada target baru sukses! Memandangkan result aku sem lepas okay, aku kena maintain kan. err.. Ya Allah bantu aku. Lagi-lagi aku anak sulung. Bawah aku ada 6 orang adik lagi. Aku harap dapat jadi contoh kepada adik-adik aku. Tapi bukan dalam pelajaran saja. Tapi kesemuanya lah. Ibadah, akhlak, pelajaran dan lain-lain. Aku bukan anak sulong je, tapi cucu sulong jugak. Besar betul tanggungjawabnya. Takpa. Best apa, jadi sulong-sulong ni. Senang nanti dah ada gelaran awal-awal. Kalong, maklong. Hehe.. over pulak. Hmm.. Siang tadi takda kelas. One day aku berpenat. Pagi-pagi berjogging kat taman. Balik je terus basuh motor. Tapi sayang kena hujan pulak lepas tu. Reda.. Lepas tu aku terus kemas-kemas stor kat bawah tangga rumah. Fuhh!! operasi rumah sungguh. Dah habis baru aku dapat rehat sekejap, solat. Kemudian turun untuk masak pulak. Hai, macam suri rumah pulak kan? Hehe..Lepas tu baru makan. Haa. .sekarang ni aku nak rehat-rehat dengan menulis. Lama sangat aku tak menulis. Kalau nak tahu, dah banyak cerita dalam benak fikiran aku ni, dah start menulis pun. Tapi, sebab aku tak pandai nak curi masa untuk menulis, malas pun ada. Hai.. bahaya penyakit malas ni. Ibu selalu pesan" Siapa yang rajin kat rumah, dia mesti rajin belajar jugak" Terima kasih ibu. Sampai sekarang kita ingat nasihat tu. Kalau ikutkan aku memang bercita-cita nak jadi seorang penulis. Idola aku dalam bidang penulisan, Fatimah Syarha. Cara pemikiran aku banyak dipengaruhi ustazah Fatimah Syarha  Aku suka cara dia berdakwah. Best.

Semua orang bercita-cita, tapi tak ramai yang melaksanakannya. 
Manusia takkan lari dari ujian, dalam kehidupan macam-macam bentuk ujian yang Allah berikan. Cuba mind set "Normal..ada ujian dalam hidup" Bertindak tenang dan relaks. Sabar. Itu yang aku tengah praktikkan. InsyaAllah. Memang manusia ada yang mudah melatah. Kita tak maksum( tak terpelihara dari dosa). Kadang-kadang buat dosa tanpa sedar dan sedar. Astaghfirullah! Kebelakangan ni aku banyak diuji. Diuji masalah hati. Aku banyak bermain dengan hati. Aku sedang menghapus penyakit itu. Ini bukan penyakit fizikal.. Hanya Allah saja tahu. Ini ujian buat aku. Aku perlu sabar. InsyaAllah beransur puluh. Alhamdulillah. Aku sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah dan yang boleh mendekatkan aku kepada sang Pencipta. Itu kewajipan bagi aku dan semestinya semua umat islam. Untuk terus beribadah. Kerana setiap nafas kita ini ibadah. Selagi mana kita bernafas, kita mengejar amalan, dan setiap amalan itu ibadah. Aku sebenarnya masih perlu perbaiki kekurangan dalam diri. Banyak sangat kekurangan. Kalau ramai kata aku baik-baik, tapi hakikatnya Allah tutup aib aku, tutup dosa-dosa aku. Baiknya Allah. Berdosanya aku. Astaghfirullah!

Aku nak kongsi je kali ni. Harap-harap tak boring lah sesiapa yang memabacanya. Practise make perfect. Aku bukan nak poyo, tapi aku memang skema sikit. Ayat aku skema je, hehe..Minat bahasa tau. Aku harap semua tak bosan lah.Hmm.. Banyak cerita aku nak kongsi. Sekadar pengetahuan. Aku kan masih muda. Kat depan banyak lagi jalan kejayaan yang akan ditempuhi. InsyaAllah. Aku perlu fokus! Prinsip aku, "Tak nak sia-siakan masa muda" Apa yang Allah larang, aku cuba lawan nafsu untuk tinggalkan.Contohnya, tak nak bercinta masa belajar.Ya Allah, bahaya kalau dah simpan perasaan tu. Sebenrnya ibu dah banyak kali pesan jangan bercinta, Tapi hari tu masa kat dalam kereta masa ibu driving kitorang berdua balik dari bus stense hantar Mimi. Tiba-tiba ibu sentuh soal jodoh. Ibu tanya itu ini. Aku macam biasa, kelu. Lepas tu ibu terus cakap ayat sentap " Kalong jangan jual mahal sangat, belajar belajar jugak, Tapi jangan lupa hidup pun kena ada teman." Ibu doakan kaklong dapat jodoh baik. Dalam hati aku Amin......hehe.. Entah kalau bab jodoh aku jadi kelu, tak tahu mana nak start. Dalam hati ni, tak tahu nak suka siapa? Huhu belum tiba masa lagi. InsyaAllah ada jodoh.

By the way, aku student da'wah. Sebab tu aku rasa ilmu yang aku dah dapat aku niatkan untuk sampaikan kepada orang lain. Terutama keluarga aku, InsyaAllah. Dalam masa yang sama aku nak cari usrah lagi. Memang kat USIM aku still usrah SPMM. tapi aku tak rasa itu cukup. Usrah mana aku nak join, belum diputuskan lagi. Aku cuma merancang. .Yang pasti aku dah tahu jemaah mana dan jemaah islamiah yang berpegang kepada Alquran dan Assunnah. InsyaAllah. Setakat ni jugak, aku baru nak berjinak dalam organisasi dan persatuan. Soft skill aku nak dapat. Kalau rasa perkongsian aku ni poyo, sorry lah ya.. Aku suka nak share2 macam ni. Hobi menulis katakan. Hehe.. Aku ni banyak nak cerita pasal diri sendiri je kan? Korang komen lah, atau kongsi ilmu kat aku apa yang ada kat ruangan komen bawah ni. Boleh berkongsi ilmu. Aku ni cetek ilmu lagi. Kadang ilmu dalam dada tu ada je, tapi tak terluah sebab terfikir akhlak tak secantik ilmu yang nak disampaikan. 

Aku pernah dengar kuliah ustaz dari Indonesia katanya" Ibadah yang paling cantik ialah akhlak mulia" Ya Allah aku suka sangat kuliah ustaz tu, kalau korang pernah dengar nama dia Ustaz Abdullah Gymnastiar. Aku kira dia famous di Indonesia. Sebab ramai yang hadir kuliah dia. Aku kenal kat Youtube jela. Lagipun aku kenal beliau sebab baca bukunya.

Hmm.. Bnayak rasanya aku berceloteh, rasanya dah cukup untuk kali ni. InsyaAllah aku akan update lagi lain kali.( Gambar kat atas masa pergi Sarawak)
Assalamualaikum.

Sunday 18 May 2014

Mengintai makna ikhlas

Semalam hari yang bermakna bagi aku. Hampir setengah hari aku bersama anak-anak yatim. Program kelas. Mula-mula memang penat bekerja untuk siapkan itu ini. Bendahari lagi. Macam-macam kerja nak selesaikan. Tapi Alhamdulillah habisnya peogram, fuh!! lega. Aku bersyukur dapat sibukkan diri dengan perkara macam ni. Berkait dengan tema aku kali ni. Mengintai makna ikhlas.

Allah..Allah..Allah.. Aku berdoa kepada Allah agar setiap amalan aku diterima. Setiap percakapan, perbuatan didorong dengan hidayah dan taufik dari Allah. Tidaklah aku kuat beribadah dan tiadalah aku kuat untuk meninggalkan maksiat melainkan dengan bantuan dari Allah. Allah! Dalam hidup memang aku sentiasa melakukan dosa  tanpa disedari. Ada saja jarum-jarum halus syaitan. Membisik-bisik ke dalam hati untuk aku melakukan dosa. Astaghfirullah!

Berkait soal hati. Aku benar-benar ingin menjadikan hati aku ikhlas dalam semua amalan dan perkara ibadah. Sebab semua amalan yang dilakukan tanpa ikhlas akan tertolak on the spot. Nauzubillah! Sedangkan aku, masih ringan lagi buku amalan baik. Entah aku tak tahu amalan mana yang Allah terima. Aku selalu menjadikan kala-kalam Allah dan nasihat ibu ayah sebagai memujuk rasa. Fokus untuk beribadah kepada Allah dan fikir untuk menjadi anak yang solehah dan berjaya. Itu yang ibu selalu pesan. Kadang-kadang aku sedih. Segera aku memujuk jiwa dengan kedamaian ayat-ayatnya. Indah! Sejuk jiwaku.

Semalam punya cerita, kat rumah anak yatim. Aku jujur, aku tak pandai sangat nak tarik perhatian kanak-kanak. Hatta, kat rumah aku yang ramai kanak-kanak pun aku tak pandai ambik perhatian diorang. Punyalah keras hati ni. Yeke? Bukan kes tak suka budak, tapi tak mahir sangat nak tarik perhatian budak-budak. Lawak kan..Haha..Tapi kalau nak urus budak-budak tu pandai lah. Not bad!
Aku perhati je muka anak-anak yatim ni semalam, Ya Allah sayunya! Kadang-kadang aku nak turunkan ego, aku pandang je muka-muka orang susah ni. Jap! jangan salah sangka, bukan menghina tapi memang automatik aku jadi rendah diri. Diorang ada yang takda mak ayah, keluarga susah, Yang paling aku sedih, ada adik-beradik. Sedangkn aku masih ada ibu ayah, keluarga, kalau nak dibandingkan memang berbeza. Dapat kasih sayang yang sempurna. Gaji ibu ayah pun kalau dicampur RM4-5000. Aku sepatutnya bersyukur, bukan mengeluh. Allah..Sedihnya. Semalam pun aku sempat bergurau-senda dengan adik-adik perempuan je. Diorang semangat sangat ajar aku bahasa Myanmar. Lupa nak mention, Diorang kebanyakannya datang dari Myanmar. Kiranya diorang pelarian Rohingnya lah. Mula-mula aku terkejut jugak, sebab sesampainya kat sana, aku macam bukan kat Malaysia dah. Padahal kat Malaysia lagi. Jap, kat Batu Caves Selangor tempatnya.

Pergi ke rumah anak yatim mengingatkan aku banyak perkara. Mengingatkan aku untuk bersyukur sebab masih ada ibu ayah. Anak-anak kat situ kecil-kecil lagi sudah kematian ibu ayah. Allah! Hidup dalam serba sederhana. Ikhlas? apa kaitannya? Ya, selama aku hidup, susahnya nak wujudkan rasa ikhlas dalam diri. Semoga Allah bantu aku untuk sentiasa ikhlas dalam ibadah. Amin. Teori berkaitan ikhlas sangatlah banyak. Namun, semua orang tahu  ikhlas satu elemen yang semua orang susah nak terapkan. Mungkin titik hitam di hati yang menghalang aku untuk ikhlas. Ya Allah bantulah aku. Aku merindukan malam-malam yang dipenuhi dengan tahajjud. Zikir mengingatiNYA. Mungkin aku perlu perbaiki hubungan dengan Allah berulah akhlak yang lahir dari diri akan jadi akhlak yang cantik. InsyaAllah

Jom berakhlak mulia!
Ya Allah Engkau yang memegang hatiku, maka jadikanlah aku seorang yang bersifat qana'ah tanpa sebarang penyakit hati. Amin Ya Rabbal alamin..


Semoga Allah pilih aku untuk jadi hamba, ummat, kakak, cucu, murid. sepupu, kawan, bakal isteri, bakal ummi, dan nenek yang ikhlas. Amin.