Powered By Blogger

Saturday 16 July 2011

Sucinya kanak-kanak ibarat kain putih

Kanak-kanak ibarat kain putih yang suci
tiada dosa tiada noda di dalam hatinya
ibu bapanya yang mencorakkannya 
sama ada nasrani ataupun majusi


alhmdulillah beruntunglah bagi kita yang dilahirkan 
dalam keluarga yang beragama Islam
wajah suci kanak-kanak itu melambangkan kesuciannya
ibu bapalah yang mendidiknya


didikan yang berteraskan Alquran dan As-sunnah
menjadi elemen penting dalam mendidik anak-anak
bermuhasabalah diri kita ini
adakah kita ISLAM yang diwarisi atau
selainnya??


pastinya kita mahukan perbaharuan hidup kita dalam beragama
iaitu sentiasa mengUPDATE keimanan ini
dan tidak hanya membiarkan iman kita hanya pada GEAR 1 sahaja
tidak bukan??


kanak-kanak perlu diberikan kasih sayang
suatu saat kita semua pasti merasa mempunyai anak sendiri
ataupun kita mempunyai adik-adik sendiri
dan apabila kita melihat bagaimana adik kita dipelihara ,dijaga pasti kita 
mendapat gambaran bagaiman kita dipelihara,dididik sebelumnya
jika baik,baiklah...


tetapi manusia itu boleh berubah
mungkin pada zaman kita serba kekurangan tetapi pada zaman adik-adik kita 
serba lengkap dan akal manusia pun lebih maju
pada kanak-kanak itu punya kelebihan tersendiri
punya bakat tersendiri


ibu bapalah yang berperanan pada sudut itu
usahlah kita menanam sikap-sikap negatif dalam diri kanak-kanak
kerena pada usia kanak-kanaklah akal mereka lebih cenderung untuk melakukan apa yang diajarkan
psikologi -kanlah fikiran mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah
agar mereka tidak mudah terikut-ikut


apabila kulihat dunia kini
di dalam negaraku sendiri
terlalu banyak bayi-bayi yang bergelimpangan
oh!aku tidak sanggup menatapnya
sungguh pilu kerana jiwa kewanitaanku tersentap


suatu saat aku pasti bergelar seorang ibu atau Ummi~insyaALLAH
aku tidak sanggup jika mereka diperlakukan sebegitu sesuka hati na'uzubiLLAH!
bayi-bayi tidak berdosa dilempar sesuka hati
dibunuh sesuka hati,oh sungguh kejam IBU-IBU mereka!
kerana maksiat dan penzinaan anak-anak tidak berdosa menjadi mangsa


inilah realiti dunia kini
tiada lagi kasih sayang, tiada lagi belas kasihan 
hanya segelintir sahaja 
jauhkan aku daripada perkara terkeji itu Ya Allah!
berapa ramai bayi tidak berdosa menjadi mangsa??
berapa ramai bayi suci tidak bersalah teraniaya??
siapakah perlu bertanggungjawab??


sungguh banayak persoalan yang membelenggu fikiranku ini..
bagaimana kelayakan mereka apabila mempunyai keluarga??
yang bakal-bakal menjadi wali kepada anak gadis mereka
bagaiman kedudukan mereka??
huh!terlalu banyak kebatilan yang menimpa dunia
ibarat bayangan jahiliyyah moden
terlalu banyak keruntuhan akhlak 


sehingga membawa pengakhiran kepada penganiayaan kepada bayi yang tidak berdosa ini
oh dunia!ku akui telah hampir tiba penghujung kehidupan di dunia ini
tiada kehidupan yang kekal selain kehidupan di akhirat kelak
aku tidak sanggup melihat dada akhbar sarat dengan berita
penganiayaan terhadap kanak-kanak mahupun bayi
tidak sanggup!


mengapa ALLAH hanya menimpa bala secara ansur-ansur ke dalam negara kita?
bukanlah inginku  mendoakan 
tetapi ini kerana masih ada lagi ibu-ibu yang mengandungkan anak-anak yang soleh 
masya-ALLAH sungguh besar kekuasaanMU ya ALLAH!

No comments:

Post a Comment