Powered By Blogger

Saturday 16 July 2011

Ukhwah terbina atas kalimah Ilahi

inginku urai panjang lebar apakah iti erti Sahabat~
sahabat ialah insan yang setia di sisi kita
dia juga insan yang amat memahami diri kita selepas ibu bapa kita

kehadirannya di dalam hidup kita mewarnai suram-suram diari kehidupan kita
indahnya hidup bersahabat jika tali yang terikat itu bersulam hanya keranaNYA oh indahnya!

sahabat insan yang sentiasa menyokong apa yang kita lakukan,sentiasa membenarkan apa yang kita katakan
itulah sahabat~
aku inginkan sahabat sesetia Abu Bakr As-Siddiq
yang sentiasa membenarkan kata-kata sahabatnya RasuluLLAH S.A.W
seberani Saiyidina Ali R.A yang berani menggantikan tempat tidur Baginda S.A.W

Mungkin tidak seperti itu akanku miliki
tetapi mungkin ciri-ciri seperti itu mengalir dalam peribadi sahabatku
milianya akhlak-akhlak sebegitu
alangkah indahnya hidup bersahabat kerana Allah

sahabat yang baik sentiasamenjaga hati kita
tiada kedukaan yang menyapa jiwa ini
tiada kedukaan yang menyinggah ke dalam relung hati ini
itulah sahabat yang baik

andai perpisahan menyapa dirimu
yakinlah ianya penguat ikatan yang mengikat hatimu dalam bersahabat
persahabatan yang terikat atas kalimah nan Agung
pasti tidakkan rapuh andai badai melanda
kerana rabithah yang mengukuhkan hati-hati itu

sahabat insan yang menjiwai diri kita
memahami isi hati kita
sentiasa berkongsi suka dan duka bersama kita
itulah sahabat

kuatnya ikatan persahabatan itu jika
ianya bertunjangkan keikhlasan kerana Ilahi
ketulusan yang mengiringi perjalanan dalam persahabatan
membentengi kukuhnya tembok ukhwah yang terbina itu
andai terpisah tidakkan rapuh
tidakkan goyah

kejujuran juga sendi yang diperlukan dalam persahabatan
andai hilang sendi ini rapuhlah erti persahabatan itu
ayuhlah kita mengamalkan hablum minALLAH
dan juga hablum min an-nas
indah hidup bersyariat~

ayuh mengeratkan persahabatan!

gambar hiasan~PUM2009~
SMA assyakirin....

No comments:

Post a Comment