Powered By Blogger

Wednesday 18 March 2015

Hati yang perlukan Allah

Assalamualaikum semua...

Entri kali ini saya nak berkongsi sedikit perkongsian yang harapnya dapat memberi manfaat kepada saya dan semua. Hati manusia ni sering teruji dan sememangnya yang bernama seorang hamba Allah itu akan diuji. Diuji dengan nikmat dunia dan kesenangan. Kelalaian yang kita sering terlupa, merasakan kita bahagia dengan nikmat maksiat yang dilakukan. Nauzubillahi min zalik! Namun, itu yang sering dilakukan. Mungkin, bagi yang masih muda remaja, belum berkahwin, belum punya pasangan hati mungkin, tapi ada perasaan suka-suka. Tak salah, itu fitrah. Tapi, bagaimana kita menguruskan fitrah suka itu. Kalau suka, jom! Saya mengajak diri saya terlebih dahulu untuk perbaiki diri. Hidup yang sebenar adalah untuk menuju akhirat. Tetapi jika kita sering leka dengan keduniaan, maka bertambah jauh kita dari tuhan, iaitu Allah SWT. Suka akan kebaikan seseorang itu tidak berdosa, Tetapi, adakah kita melayan perasaan itu sehingga lupakan Allah cinta sejati kita. Allah tak pernah jauh dari kita, tapi kita yang sering menjauhkan diri dari Allah. Kalau suka, berdoa kpd Allah " Ya Allah rezekikan aku seorang suami atau isteri seperti dia". Kalau kita berkenan dengan budak kecil sekalipun yang comel, baik dsb, boleh juga kita berdoa seperti tadi. Tapi tukarah ganti nama nya yang betul. Kembali kepada soal dosa, syaitan sengaja mencocok jarum kemaksiatan dalam hati tanpa disedari. Tanpa disedari hati sudah bertompok-tompok dengan noda hitam. Allah! Sedihnya kalau kita boleh scan dan lihat hati kita itu. Pasti malu nak berdepan dengan Allah di akhirat kelak. Oleh sebab itu Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk setiap hamba-hambaNYA yang sentiasa disayangi.

Saya manusia yang tidak maksum. Tidak seperti Nabi kesayangan, iaitu Rasulullah SAW. Seorang yang maksum. Tapi, saya sendiri mengaku nafsu itu sentiasa mengajak kita untuk melakukan kemaksiatan. Enak bukan? Tapi hakikatnya, melawan nafsu itu jauh lebih enak kerana hasilnya kita akan merasa di akhirat kelak. Zaman sekarang, media-media amatlah menggugat iman kita walaupun, kadang-kala kita berjihad untuk menjaga hati dan tindak-tanduk. Namun, hati yang lalai akan mudah untuk merasa seronok dengan kelazatan maksiat yang dilakukan. Cara yang saya sering lakukan untuk mendidik hati ialah dengan memasang ayat-ayat Al-quran di laptop atau saya sering memasang lagu-lagu ketuhanan, download video2 kuliah dari TH film dsb. Biarlah orang kata "lagu apa kau pasang ni?" Ah! Biarlah apa orang nak kata, tapi saya tetap nak menjaga hati supaya tidak terbabas dari tujuan hidup sebenar.

Bila bercakap soal kehidupan, saya sering terbayang-bayang ayat ayah yang disayangi " Hidup untuk akhirat" So deep! Ayah, Maafkan kaklong sebab tak jadi kakak yang baik untuk adik-adik. Pesanan ayah sering terngiang-ngiang di telinga. Waktu ayah ambil kaklong dari tuisyen "Jaga solat dan selalu mengaji kaklong, esok kalau ayah dah takda, siapa nak jaga solat kaklong dengan adik-adik?" Masa tu saya masih di bangku sekolah rendah lagi. Masih liat nak solat. "Mengaku". Ayah, sejujurnya kaklong selalu berdoa untuk dapat pembimbing diri kaklong macam ayah. Sayang ayah. Cerita pasal ibu, nanti saya kongsikan. Insha Allah. Tapi kan, apa yang mendekatkan kita dengan tuhan kadang-kala perantaraannya ialah ibu ayah. Memang benar! Lihatlah nasihat-nasihat mereka. Maka bersyukurlah degan adanya ibu dan ayah di dunia ini. Allah! Izinkan aku menjadi anak yang solehah.

Sebelum ni saya pernah menghadiri satu talk di USIM  yang menarik hati ni nak pergi. Talk yang mengupas sebuah buku. Buku itu bertajuk " Sehingga para pemuda mengerti" Karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Sungguh menarik sekali segala perkongsian. Antara nasihat yang saya dapat ialah 5 ciri yang perlu ada dalam diri muslim. Yang pertama, perlu ada keimanan yang kukuh kepada Allah, ikhlas, kuatnya iltizam, istiqamah, adanya pengorbanan. Antara pesanan Ust. Razif pula ialah, pemuda perlu fokus kepada pencarian ilmu, Manfaatkan ilmu untuk ummah, bukan sekadar untuk berbakti untuk mak ayah sahaja. Nasihat ini pun untuk peringatan diri sendiri juga. Tak cukup sekadar degree selama 4 tahun ni, untuk sumbangkan sesuatu buat ummah. Ya Allah! Beri aku kekuatan untuk melaksanakan amanah ilmu sebagai seorang hambaMU. Teringat satu video Syeikh Habib Ali Zainal Abidin. Katanya,  "Kalau nak ajak berdakwah orang untuk jadi baik tak perlu tunggu diri jadi baik, kalau orang yang mengajak kita jadi baik, tapi tak baik pun perangai dia, biarkan Allah yang nilai. Kita yang menerima nasihat ni ambil saja nasihat itu, dengan cara mengajak orang jadi baik automatik kita berazam untuk jadi baik." Kemudian, banyak cerita atau kisah2 pemuda yang terdapat dalam Al quran spt, Ashabul Kahfi, Ashabul Ukhdud yang kita boleh dapat banyak ibrah dari situ.

Mungkin saya banyak bercakap tapi tak buat pun, tapi dengan usaha saya yang kecil ni semoga ada nilaian di sisi Allah. Tak mudah untuk berjuang melawan nafsu. Nafsu yang sering memberontak. Gambaran hati perlu digilap dengan mendahulukan cinta Allah melebihi dunia dan seisinya. Allah tuhan yang Maha Luas. Semoga amalan saya dipandang oleh tuhan untuk mendapat tempias cinta dan rahmat Allah.
Allah, Allah, Allah.. Tiada aku daya melainkan dengan kekuatan dariMU. Sungguh kerdil diri ini.

Banyak yang saya nak kongsikan sebenarnya. Tapi, taklah semua cerita nak dikongsi. Tapi, sebelum kalam berakhir, saya nak bercakap berkenaan hiburan yang semakin menjadi-jadi. Perkara ni yang pemuda-pemudi tak perasan. Termasuk diri saya. Umur muda yang sepatutnya diisi dengan perkara2 berfaedah terbuang begitu sahaja. Lalai dengan cerita-cerita yang tiada tujuan yang jelas dan pengajaran yang bermanfaat. Bukan tak ada, tetapi amat sedikit. Saya ulangi sekali lagi, nafsu kita yang dibelai2 amat sukakan kita berada dalam kelalaian. Tidak kira cerita melayu atau korea dan sebagainya. Kita seolah-olah tiada stand yang kukuh untuk mempertahankan prinsip dan tujuan hidup yang sebenar di mana kehidupan bukanlah untuk bermain-main. Kalau boleh, carilah majlis-majlis ilmu, zikir dan sentiasa mendekati para ulamak kerana mereka merupakan wasilah untuk kita sampai cinta kepada Allah dan RasulNYA.


Kalau kita lihat, kita ni para pemuda banyak kelompongan dan kekurangan, dengan itulah kita perlu perbaikinya dengan penambahan ilmu dunia dan akhirat. Astaghfirullah! Banyak sangat sebenarnya kekurangan diri ini jika tak ada niat nak menyumbang kepada Islam. Saya berharap, sebelum saya menghadap ilahi, saya sempat untuk menghasilkan karya buat ummah. Amin, doa-doakan saya. Jadi, saya nak mengajak diri dan sahabat-sahabat untuk tetapkan matlamat hidup untuk menjadi manusia yang Allah reda, Insha Allah! Semoga hari-hari yang kita tempuhi semuanya terisi dengan hati yang perlukan Allah.

#Inspired: Allah, Rasulullah, ibu, ayah, Ust. Fatimah Syarha, Us. Pahrol Mohd Juol.


No comments:

Post a Comment