Powered By Blogger

Saturday 27 September 2014

Pegang hatiku ya Allah

"Setiap yang bertunang ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ini. Sedang berdusta, sedang tidak menjadi dirinya yang sebenar, kalau kamu berkawan atau bercouple 20 tahun sekalipun kamu takkan kenal dirinya. Yang kamu kenal adalah lakonannya". Ustazah Fatimah Syarha.

"Alah, takkan tak boleh nak suka lelaki kot?"  Semua manusia ada perasaan lah! Bentak dalam hati kita. 
Sahabat-sahabat, cuba kita renung balik. Allah ciptakan cinta untuk apa? Bukan untuk sia-sia. Fitrah manusia yang normal memang akan tertarik dengan lawan jenis. Suka kan kecantikan, kebaikan, kesempurnaan. Tapi  cara kita untuk mendapatkan cinta perlu diurus dengan cara yang betul. Sebelum kita fikir lebih jauh, Apa tujuan kita nak bercinta, bercouple, tetapi takda  perancangan nak berkahwin. Hubungan yang tak jelas, syubhah. Apa pengisian cinta kita? Bermesej..whatsapp..weechat..dan sebagainya. Bertanya 'dah makan belum?'  'Esok kelas apa?'. Sahabat yang disayangi, sebelum kita berfikir lebih jauh. Saya nak sentuh sikit, punca kebanyakan masalah cinta ini berlaku adalah disebabkan 3 "what". What yang pertama ialah. Apa yang kita dengar, 'what' yang kedua ialah apa yang kita lihat, dan 'what' yang ketiga ialah apa yang kita baca. Percaya tak ketiga-tiga 'what' itu memberi kesan dan rangsangan untuk kebanyakan remaja dan muda-mudi untuk bercinta. Misalnya, fenomena filem korea, lagu-lagu cinta yang kita dengar, dan juga bahan bacaan yang kita baca. Majalah-majalah artis yang sekadar hiburan yang kita dapat. Ingat ya, ketiga-tiga 'what' ini amat mempengaruhi mindset kita sebagai manusia. "Susah lah macam tu, itu tak boleh, ini tak boleh, tak bebas lah..".  Keluh seorang remaja belasan tahun. Cuba kita refleks kembali maksud kebebasan yang hakiki ialah kita berjaya melawan hawa nafsu yang merajai kerajaan hati. Hati perlu dibentuk. Hati yang bersih akan mewarnai kerajaan diri dengan akhlak yang baik dan terpuji. Bebaskah kita sekiranya kita terpaksa memuaskan nafsu kekasih kita dengan membuang Allah dalam hidup kita? Bebaskah? Tidak bukan? Sentiasa rasa tak selamat bila berdua-duaan, takut ditangkap basah, risau mak akan marah kalau ternampak mesej-mesej yang bukan-bukan dari kekasih, dan sebagainya. Tanda dosa ialah kita merasa takut diketahui orang lain akan dosa yang dilakukan itu.

Sahabatku sayang, sebelum kita nak kejar cinta manusia, cukupkah cinta kita kepada sang pencipta cinta? Penuhkan hati kita dengan cinta dan ingat selalu kepadanya? Cuba kita muhasabah seketika bersih atau kotorkah hati kita ini. Pohonlah hidayah Allah jika kita tersasar jauh dari cintaNYA. Sibukkan diri kita dengan ilmu. Kerana nikmat dan kelazatan ilmu itu akan menghalang kita dari mengingati lelaki atau perempuan yang bukan halal buat kita. Ada juga antara kita yang suka melihat kebaikan atau kesolehan pada sesorang lelaki atau perempuan itu. Kalau begitu, berdoalah kepada Allah "Ya Allah kurniakan kepadaku seami atau isteri sepertinya". Kemudian kita berhajat untuk mendapatkan jodoh yang soleh atau solehah. Selitkan Al-Fatihah setiap kali berdoa lepas solat. Doakan supaya Allah menjaga akhlak dan agama kita dan jodoh kita. Mudah bukan? Yang susah ialah meninggalkan hawa nafsu. Didiklah hati dengan selalu ingat dan zikir kepada Allah dalam keadaan senang dan susah. Jaga solat, perbanyakkan puasa sunat. InshaAllah lama-kelamaan nafsu kita akan terdidik. Sebagai perempuan khususnya, jaga pergaulan, jaga tingkah-laku, percakapan, aurat. Islam amat menjaga wanita. Kita perlu berasa beruntung.

Sahabatku yang dimuliakan, kita juga perlu ambil kira dengan siapa kita berkawan. Pilihlah kawan-kawan yang baik, dan soleh. Dekati ulamak. Tak salah kalau nak berkawan dengan kawan-kawan yang biasa. Mereka pun ada kebaikan tersendiri, jadikan kita role model kepada mereka. Ingat! Kita tak boleh memandang orang yang kurang baik akhlaknya dengan pandangan hina, malah kita perlu mendoakannya. Tapi sekiranya kita berkawan dengan mereka, kita mesti ada prinsip tegas yang tersendiri supaya tak mengikuti jejak mereka. Bermula dari diri kita sendiri. Berubah jadi orang yang baik akhlaknya, kerana itu pengukur kejayaan ibadah kita. Maksudnya berjayalah solat kita sekiranya baik akhlak kita InsyaAllah.

Jadi, kita perlu mencari cinta Allah yang hakiki dulu sebelum mencari cinta manusia. Sanggupkah kita mencari cinta yang lain setanding dengan Allah? Nauzubillahi min zalik. Bila kita dapat Allah kita akan dapat segala-galanya. InshaAllah. Cuba anda sendiri merasai kelazatan ilmu, maka dengan sendiri akan tidak akan terburu-buru mencari cinta yang bukan halal. Letakkan target dalam hidup. Tugas sebagai hamba dan khalifah untuk memakmurkan bumi Allah. Berjihad di jalan Allah. Aku sering membayangkan kata-kata ayah, "Kalong tak nak jadi macam tu?" Sambil ayah menunjukkan ke arah mana-mana pebdakwah dalam tv. Dalam hati aku berkata, "InshaAllah ayah". Ustaz Syafwan dalam kuliah pernah cakap, "Awak semua ni kena ada inspirasi dari mana-mana tokoh atau ulamak, dan biasakan anak-anak dengan tokoh atau ulamak. Sebab apa? Sebab kita akan bermotivasi dengan kejayaan dan kehidupan para ulamak.

Bercintalah selepas nikah, lebih membahagiakan. Kita tahu tujuan hidup seterusnya. Kita saling bantu-membantu dalam urusan agama. Sebab apa? Sebab kita hidup ni nak mengejar reda Allah. Sematkan dalam hati, Allah maha besar. Ingat, kalau kita nak mempunyai kolam hati yang besar, kita mesti ada Allah yang Maha Besar dalam hati kita. Wallahu 'Alam.

Penulis: Nurul Atiqah Ibrahim
Inspirasi: Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin

Semoga Allah merahmati kita semua.
 
AKU ADA ALLAH SELAMANYA






 
 


No comments:

Post a Comment