Powered By Blogger

Tuesday 4 October 2016

BAHAGIA TAK TERKATA

Kalau saya tanya apa makna bahagia bahagia bagi kalian, apa yang akan kalian bayangkan?

Pasti jawapan pelbagai dimensi. Pasti!

Jika diambil dari sudut barat, bahagia bagi mereka tertumpu kepada materialistik. Contohnya,

kejayaan dalam profesi masing-masing, kaya, cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya. Tidak 

mengambil kira bahagia dari sudut kerohanian atau jiwa. Namun, tidak semua pemikiran masyarakat 

barat seperti itu. Akan tetapi, jika diambil dari sudut pandangan Islam. Ianya berbentuk holistik. 

Atau kita maksudkan sebagai menyeluruh. Apa pun bentuk kebahagiaan jiwa jika tempat kembalinya

rasa bahagia itu hadir bersama syukur kepada Allah, itulah bahagia. Ulamak berbagai pandangan 

dalam memberikan makna kebahagiaan. Dari sudut pandangan Allahyarham Profesor Dr. HAMKA, 

bahagia menurut beliau antaranya adalah memiliki sikap tawakal, bersabar, reda, qanaah (merasa 

cukup dengan apa yang ada) dan sebagainya. Jika kita teliti mengapa ulamak besar ini memasukkan 

elemen tersebut dalam rangka menuju bahagia? Sudah pasti bagi seorang muslim, tiada kebahagiaan 

yang paling abadi selain meletakkan cinta dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Islam suatu cara 

sistem hidup yang sempurna. Masha Allah! Pergi lah ke sudut mana sekali pun, pasti kau akan

 kembalikan segala keajaiban dunia dan kebesaran ciptaan adalah milik Allah semata-mata. Maka kau

akan memujiNYA sentiasa. Hebat cinta Allah bukan? Ya! sangat hebat. Justeru, kebahagiaan yang 

abadi itu kau meletakkan segala pergantungan kepada tuhan yang memiliki segala rahsia dan

 IlmuaNYA yang terbatas bagi pengetahuan manusia. 

Selain dari itu, bahagia itu juga bila mana kau mampu mempamerkan kebahagiaan kepada orang 

lain. Kau mampu membantu insan lain di sekelilingmu yang berada dalam kesusahan tanpa 

mengharap balasan melainkan reda Allah semata. Itu bahagia. Islam agama sejahtera, mana mungkin 

kau ingin berada dalam kebencian. Itu bukan bahagia! Buang egoistikmu! Buang pendendammu itu! 

Buang jauh-jauh! Cuba kau perbaiki dirimu. Cari ketenangan abadi. Cintai tuhan, perbaiki 

hubunganmu dengan tuhan. Lantas hubunganmu dengan manusia akan baik juga. Percayalah!

Carilah tuhanmu. Dia sentiasa dekat denganmu. Tangisilah dosa-dosamu di sepertiga malam. Yakin! 

Allah akan membantumu. Dekatilah keluargamu sekiranya kau berasakan jauh dari mereka. Rapatkan

hubungan yang sudah lama terpisah. Bertemu mereka membuahkan bahagia. Tiada selindung malu, 

buang kesombongan diri. Maka jika dikau orang besar, punya kedudukan. Maka jangan dianggap 

dirimu mulia di antara yang lain. Kau aku sama! Tiada apa beza melainkan taqwa kepada Allah. Kau 

kan bahagia!

#SurvivalforMasterDegree






No comments:

Post a Comment